BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

+Miss A Tickers+

Daisypath Friendship tickers

+StaLker HisTorY+

+BloGs OwNer DetaiLs+

My photo
Bamboo River, Selangor, Malaysia
i'm a happy 4feet girl.... slumber... cheer... n friendly.... i like 2 sing, act and hosting like to create songs,poems and story. family,friends and writing are my life....

Sunday, October 23, 2011

Sneak peek of 'Kolej,kawan & Facebook' bab 1





Bab 1: Semester pertama

Anne seolah-olah tidak percaya bahawa kini dia sudah menjejakkan kakinya ke IPT. Kini dia melanjutkan pelajarannya di Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMU) yang terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Dia tidak sabar untuk memulakan sesi pembelajaran yang baru. Hari yang memalukan sudah berakhir iaitu minggu orentasi. Pada minggu orentasi, penglibatannya dalam persembahan tarian bagi kumpulannya telah menjadikan Anne sebagai topik yang hangat dikalangan pelajar-pelajar KLMU yang baru. Tarian spontan yang amat melucukan hasil daripada fikirannya yang gila-gila menjadikan kumpulannya mendapat tempat yang ketiga. Itu semua sudah berlalu, kini dia hanya perlu menahan rasa malu untuk berdepan dengan rakan-rakan baru.

Pada pagi itu, Anne berasa liat untuk bangun seawal jam 5.30pagi untuk bersiap ke kolej. Pada hari pertama kuliah, dia tidak boleh lewat ke kelas. Maklumlah, dia harus menaiki KTM dari Sg. Buloh hingga ke Bank Negara untuk sampai ke kampus KLMU oleh kerana kaluarganya tidak membenarkan dia untuk tinggal di hostel kerana takut Anne akan terkena kejutan budaya setelah melangkahkan kaki ke menara gading. Memang menyeksakan dia terpaksa bangun seawal 5.30pagi setiap kali ingin ke kuliah tambahan pula kelas bermula pada pukul 8pagi. Tetapi, Anne bernasib baik pada semester pertama hanya perlu mengambil 3 subjek sahaja, Malaysian Studies, Basic English 1 dan PC Competency dan dia hanyan perlu pergi ke kuliah pada hari isnin, selasa dan khamis sahaja.

Namun, hari pertama ke kuliah tidak sesempurna yang dijangka. Oleh kerana ingin berkejar ke kelas PC Competency yang akan bermula pada pukul 8pagi, Anne harus menaiki tren pada Bangi yang akan sampai di KTM Sg.Buloh pada pukul 7.15pagi. Tepat pukul 7pagi Anne sudah berada di KTM Sg.Buloh. Setelah dia memeriksa keadaan motorsikal Kriss berwarna merah yang ditunggang olehnya untuk sampai ke stesyen KTM siap berkunci serta topi keledar ARC miliknya disangkut dengan selamat disisi motosikalnya dia bergegas ke kaunter tiket untuk membeli tiket tren ke stesyen Bank Negara. Namun, tiket sudah dibeli tetapi setelah itu matanya beralih ke notis yang ditampal didepan kaunter tiket bertulis “PERHATIAN, SEMUA TREN AKAN MENGALAMI KELEWATAN AKIBAT TREN TERGELINCIR DARI KUALA LUMPUR KE KL SENTRAL”. Anne hanya mampu menahan rasa marah seorang diri mengapa perkara sebegini mesti terjadi pada hari pertama dia hendak ke kuliah.

Apa yang hanya dia mampu lakukan adalah menelefon ayahnya dengan segera. Dia segera mengeluarkan telefon bimbit LG K800 milikknya dan menekan nombor telefon bimbit ayahnya. Setelah ayahnya menjawab panggilan, Anne bercakap dengan nada manja dan kasihan untuk meminta ayahnya menghantarkannya ke kampus,

“Hello, bapak”

“ye nak, ada apa?”. Anne mula memuncungkan bibirnya sambil bercakap di telefon dengan manja

“Pak, tren lambat….kelas kita kul 8 ni pak…macam mana?”

Ayah Anne seolah-olah tahu dengan permintaan anaknya itu. Dari nada suaranya sahaja sudah tahu. Anne memang akan bercakap dengan nada manja bila meminta sesuatu dari ayahnya tambahan pula dia adalah anak ketiga dari enam adik beradik dan dia lebih manja dari adik-adiknya.

“Nak mintak bapak hantar ke?” Anne tersenyum sendirian sambil membelek-belek begnya.”

“ha ah, pak”

“Cepat bawak motor balik rumah. Nanti bapak hantar” Anne dengan segera menunggang motorsikalnya pulang ke rumah kerana hanya tinggal 30minit sahaja untuk sampai ke kampus. Setelah sampai ke rumah. Ayahnya bergegas menaiki motorsikal yang baru sahaja ditungganh oleh Anne tadi. Oleh kerana ingin mengejar masa, memang tak sempat kalau memandu kereta untuk sampai ke Kuala Lumpur oleh kerana jalan lalu lintas dari Sg.Buloh ke Kuala Lumpur akan mula sesak seawal pukul 7.30pagi.

Ayah Anne menunggang motor seolah-olah pelumba motorcross kerana terlalu sayangkan Anne dan tidak mahu dia lewat pada hari pertama kuliah. Jam pun sudah menunjukkan pukul 7.55pagi dan masih 10kilometer jauh dari KL kerana kini mereka masih di Kepong. Tambahan pula lampu isyarat di jalan raya Kepong sekejap-sekejap sahaja sudah merah. Jantung Anne berdegup kencang sewaktu sedang membonceng di belakang ayahnya kerana takut terlewat. Walaupun Anne mempunyai lesen L motor tetapi ayahnya tidak membenarkan dia menunggang motorsikal ke KL kerana takut kemalangan jalan raya yang tragis pernah menimpa Anne sewaktu dia di tingkatan 4 terulang lagi.

Anne akur apa sahaja perintah ayahnya kerana dia yakin ayahnya tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Anne tidak henti-henti melihat jam di skrin telefonnya yang kini sudah menunjukkan pukul 8.05pagi. 5minit sudah berlalu, dia tidak tahu pada pukul berapa dia akan sampai di kampus. Dia hanya mampu mengeluh kerana masih lagi di lampu isyarat jalan Kepong. Ayahnya pula hanya tumpukan perhatian di jalan raya. Akhirnya pada pukul 8.25pagi, Anne sampai di kampus dengan selamat. Setelah dia salam dan mencium pipi ayahnya dia terus melulu ke pejabat pendaftaran untuk bertanya kepada pengawal disitu dimana kelas B-01-01 berada sambil diperhatikan oleh ayahnya.

“Pak Cik kt mana kelas B-01-01?” kata Anne dengan nafas yang termengah-mengah

“adik pegi dekat pintu hujung kanan sana naik lif tingkat 1”

“ok,ok terima kasih pak cik”. Anne terus berlari kearah pintu yang ditunjuk oleh pengawal tadi sambil melambai kearah ayahnya.

Sampai dahaja ditingkat 1 Anne menarik nafas lega apabila ternampak makmal komputer B-01-01 betul-betul didepan lif. Dia membuka pintu perlahan-lahan. Pensyarah sudah berada di dalam makmal namun hanya 6 orang siswi sahaja yang ada di dalam kelas dan Anne sekali lagi menarik nafas lega apabila dia mendapat tahu bahawa kelas belum lagi dimulakan sambil berbisik dihatinya “kalau tadi aku sampai lagi lambat pun tak apa”. Tanpa melengahkan masa, Anne terus pergi ke kubikel yang dipilih olehnya sendiri yang mempunyai pc bernombor 14, nombor yang sama dengan jersi bola keranjang Troy Bolton di dalam cerita High School Musical. Anne menghidupkan computer seperti yang diarahkan pensyarahnya, Pn,Halimah.

Bermacam-macam perkara bermain di dalam fikirannya, dia mula memandang kekiri da kanan melihat dimana semua siswi dan siswa yang lain. Selain itu, dia juga sempat menegur pelajar lain di pc bersebelahan dengan dia. Sikap Anne yang ramah dan mudah bergaul tidak merumitkan dia untuk mencari teman yang baru dalam masa yang singkat.

Ok class, we may begin our class while we waiting for your friends. Take this disc and your text book, you may return this text book in the end of semester.”

Anne terkejut apabila pensyarahnya tiba-tiba memberikan arahan tatkala dia sedang angau memikirkan bagaimana dengan kelasnya, Basic English 1 selepas ini dimana dan apa yang dia harus lakukan. Dia belum mengenali sesiapa lagi yang akan belajar bersamanya di setiap kelas kerana cara pembelajaran dan kehidupan kampus berbeza dengan sekolah harian. Kita tidak akan berjumpa dengan kawan yang sama didalam kelas dan tidak perlu membawa terlalu banyak buku nota ke kelas seperti di sekolah harian, satu buku nota kosong dan alat tulis sidah memadai kerana di kuliah kita hanya perlu mendengar dan menyalin ilmu yang diberikan oleh pensyarah. Terpulang kepada diri sendiri samaada mahu belajar atau bermain-main kerana wang ibu bapa yang menjadi taruhan dengan kehendak diri sendiri apabila berada di IPT.

Anne terus menoleh ke arah jam berwarna pink di tangan kanannya. 10minit sudah berlalu, pelajar-pelajar lain masih belum sampai lagi pensyarah sudah mula memberikan tugasan. Anne terus melakukan tugasannya dengan tekun sambil menyumbatkan telingannya dengan alat pendengar yang disambungkan ke Mp3 hadiah pemberian ayahnya sempena kemasukannya ke IPTS. Khusyuk sungguh Anne mendengar lagu-lagu Korea kegemarannya sambil menaip tugasan yang diberikan oleh pensyarah. 5minit kemudian, satu persatu pelajar masuk ke dalam makmal namun perhatian Anne tidak terganggu, tanpa dia sedari, seorang pelajar Melayu perempuan berbaju kurung merah jambu dan rambut diparas bahu sedang cuba menegur dia dihadapan.

“Hello…awak,awak” tumpuan Anne teralih apabila dia mengetuk kaca kubikel dihadapannya, Anne pun memandang kearah pelajar tadi dengan sambil melepaskan alat pendengarnya disebelah kiri dengan senyuman yang manis

“ye?” “Hmmm….pc ni ada orang tak?” Anne pun terus menjawab sambil mengelengkan kepala

“Oh…tak ada, pakai jelah…tak ada orang pun”. Pelajar tadi terus tersenyum dan duduk di pc yang berhadapan dengan Anne. Dia kembali menyambung tugasannya.

Tumpuan Anne teralih sekali lagi apabila pelajar tadi mengetuk kaca dihadapannya sekali lagi. Anne hanya tersenyum manis sambil menyapa

“ye?” pelajar tadi pun membalas senyuman Anne sambil meminta maaf dan bangun sedikit dari tempat duduknya

“Sorry, hmmm….kita kena buat ape ni”

“Oh…pegi kat depan amik disc dengan text book kt depan”

“Ooo…” kata pelajar tadi sambil perlahan-lahan kembali duduk dikerusinya.

“Nama awak siapa erk? Takdelah saya susah nk panggil awak nanti” kata pelajar dengan nada suara yang perlahan meminta Anne memperkenalkan dirinya, Anne pula mengepil bibirnya sambil tersenyum dan memandang kearah pelajar tadi

“Anne” pelajar itu kemudian menghulurkan tangan kearah Anne sambil tersenyum, Anne menyalam pelajar tadi

“Aliya…” kata pelajar tadi. Setelah itu, Anne kembali menyiapkan tugasannya.

Setelah tugasan Anne siap, dia seperti tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan. Keadaan kelas seperti suram sahaja hanya terdengar bisikan pelajar berbual kerana hanya kurang dari 20 pelajar berada didalam kelas. Anne menoleh kekiri dan kanan. Tumpuannya teralih kepada seorang pelajar lelaki berbaju hitam yang berada di kubikel berhampiran dengan meja pensyarah. Wajahnya seperti seorang yang dikenalinya, namun Anne sekali lagi membetulkan tanggapannya itu. Anne menggelengkan kepalanya

“Tak..tak…aku tak kenal pun. Macam ada something la budak tu”.

Akhirnya, kelas PC com pun berakhir pada tepat jam 10.30pagi. Anne menarik nafas lega. Kini dia hanya perlu menunggu waktu untuk berlalu sehingga pukul 12tengah hari. Kelas yang seterusnya adalah Basic English 1. Kelas PC com berakhir terlalu awal, mengikut jadual sepatutnya adalah pada pukul 11 pagi namun kelas habis awal kerana ingin memberi waktu kepada pelajar untuk berehat setelah berada di dalam kelas selama 3 jam tanpa henti.

Anne seolah-olah hilang arah. Dia masih baru dengan suasana dan selok belok kampus, dia masih belum tahu dimana kafeteria kampus,perpustakaan dan kelas-kelas yang lain. Dia mempunyai 1jam setengah waktu lapang. Kepalanya binggung bagaimana untuk menghabiskan masa sementara menunggu jam menunjukkan pukul 12tengah hari pada waktu itu dia harus bergegas ke kelas A-01-02.

“arrgghhh…..huh!” Anne mengeluh seorang diri di depan pejabat pendaftaran kampus.

“Aigo!!...lamanya nak pukul 12. Aku nak pegi mana ni?”.

Anne masih terpinga-pinga dihadapan kampus tidak tahu hendak kemana seolah-olah dia sudah sesat didalam hutan. Kehadiran teman sekolahnya, Nidzam seolah-olah Superman datang menyelamat. Anne tidak lagi berasa bosan kerana adanya Nidzam dan baru dia tahu bahwa Nidzam 1 kelas dengannya.

0 comments:

+Tweet~~Tweet~~+